Menyimpan Sebelum Musibah
Jika simpanan (backup) sistem operasi (OS) Windows sudah ada di tangan, anda tidak perlu bergantung kepada cakera (CD/DVD) pemasangnya.
Paling kurang ada 10 manfaat dan kelebihan simpanan sistem. Simpanan boleh dibuat secara bersiri atau mengikut keperluan anda melalui perisian percuma seperti EaseUS Todo Backup 4.0.
(1) Anda mungkin ingin menaik taraf atau mengubahsuai sistem. Bayangkan jika prosesnya gagal selepas anda melakukannya. Jika begitu, anda boleh memulihkan sistem kepada situasi yang sebelumnya. Jadi sebelum anda membuat proses naik taraf atau ubahsuai, pastikan sistem yang bebas daripada sebarang masalah telah disimpan.
(2) Selepas sesuatu tempoh penggunaan, prestasi sistem anda boleh menurun atau semakin lembap. Masalah ini boleh diatasi dengan mengembalikan sistem kepada situasi 'pemasangan baharu' tanpa perlu memasang semula. Cara ini menjimatkan masa kerana anda tidak perlu memasang semula Windows, pemacu (driver) dan aplikasi.
Bacalah Majalah PC (Mac 2012) untuk tips-tips yang selanjutnya!
Majalah PC (Mac 2012)
Menyimpan Sebelum Musibah
[ MA ]
0 comments:
Post a Comment