Cara Selamat Guna Wi-Fi 如何安全地使用無限網路


Semakin hari semakin banyak restoran atau tempat awam yang menyediakan khidmat internet wayarles (Wi-Fi) percuma. Tetapi anda harus ingat, bukan semuanya ada perlindungan privasi yang selamat. Jadi, sayangi data anda dan pastikan gajet anda selamat dari pelbagai ancaman ketika menggunakan perkhidmatan Wi-Fi percuma.


Ciri Automatik

Komputer dan gajet anda mungkin berisiko terhubung secara automatik ke mana-mana hotspot Wi-Fi yang tersedia. Hal ini sangat berbahaya kepada privasi data anda kerana pengguna lain mungkin boleh mengambil data-data anda. Cara penyelesaiannya, tutup Wi-Fi anda bila tidak digunakan.


Nama Jaringan

Kadangkala penggodam (hacker) sengaja mencipta jaringan Wi-Fi palsu untuk menarik perhatian pengguna Wi-Fi awam tanpa disedari. Wi-Fi di Starbucks contohnya tidak akan menggunakan nama seperti "Free Starbucks Wi-Fi". Apabila anda terhubung dengan jaringan palsu ini, gajet anda dalam bahaya. Jika anda tidak yakin dengan jaringan yang hubungkan, sebaiknya bertanya pemilik / pekerja restoran atau hotspot tersebut. Tetapi jika tiada orang yang boleh ditanya, elok cari hotspot lain.


Kata Laluan

Gunakan kata laluan (password) unik untuk beberapa akaun. Ini dapat membantu apabila salah satu akaun anda ada gangguan. Memang sukar untuk mengingati pelbagai kata laluan. JIka begitu, anda boleh menggunakan aplikasi seperti KeePass atau LastPass untuk mengurus, menyelenggara dan menjaga keselamatan password.

Untuk tips-tips yang selanjutnya, sila rujuk Majalah PC Edisi Julai 2013.

Cara Selamat Guna Wi-Fi
[ MA ]

Sumber: Majalah PC (Edisi Julai 2013)
Gambar: Wikipedia, Fan Pop, We Unite Entertainment, The Star Online

Share on Google Plus

0 comments:

Post a Comment