Ramai dalam kalangan kita sudah mengetahui akabn kebaikan yang terdapat pada sayur-sayuran dan buah-buahan. Namun begitu, masih banyak orang yang belum mengetahui tentang fungsi di sebalik warna yang terdapat dalam kandungan kedua-duanya.
Sebenarnya, di sebalik warna indah seperti ungu, kuning, jingga dan merah merupakan sumber antioksidan yang terbaik untuk tubuh kita. Sumber antioksida boleh diperooleh secara mudah melalui buah-buahan dan sayur-sayuran. Oleh itu, sangat penting bagi anda untuk mengetahui fungsi buah-buahan dan pelbagai jenis sayur-sayuran yang mampu membantu melawan penyakit.
Amalan Hidup Sihat mengajak anda mengenali rahsia buah-buahan dan sayur-sayuran mengikut warna yang dimiliki.
Hijau
Warna hijau pada buah dan sayur berasal daripada klorofil. Zat ini berfungsi untuk merangsang komponen pemecah unsur kimia penyebab kanser.
Merah
Buah dan sayur warna merah menandakan kandungan zat seperti lycopene, hesperidin dan quercetin. Nutrien ini mampu mengurangkan kanser prostat pada lelaki, menurunkan tekanan darah, mengawal pertumubuhan tumor dan kadar kolesterol, serta berfungsi melawan radikal bebas.
Bacalah artikel sepenuhnya dalam Dewan Siswa Edisi Oktober 2013!
Dewan Siswa (Oktober 2013)
Fungsi Warna Pada Buah Dan Sayur
[ MA ]
Sumber: Dewan Siswa (Oktober 2013)
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
0 comments:
Post a Comment