九月 / 十月份專題展覽
September / October Themed Exhibition
Hari Kebangsaan Malaysia disambut di seluruh negara pada 31 Ogos setiap tahun bagi menandakan negara bebas daripada belenggu penjajahan sejak tahun 1511. Hari Kebangsaan merupakan peristiwa penting dan disambut secara besar-besaran dengan mengadakan perarakan berwarna- warni, konsert, pertunjukan pentas, pertandingan dan pelbagai lagi di tempat-tempat yang ditetapkan pada setiap tahun. Pada 31 Ogos 2007, Malaysia telah menyambut ulang tahun hari kemerdekaan yang ke-50. Kemeriahan Hari Kebangsaan dapat dirasakan menjelang pukul 12.00 tengah malam di mana bunga api yang berwarna-warni bergemerlapan di udara. Begitu juga acara perbarisan yang diwakili oleh pelbagai agensi turut diadakan bagi memeriahkan lagi suasana hari tersebut. Hari Kebangsaan disambut paling meriah di Kuala Lumpur terutamanya di Dataran Merdeka. Sambutan Hari Kebangsaan secara besar-besaran juga diadakan di Putrajaya. Bangunan- bangunan perniagaan, rumah kediaman dan alat pengangkutan akan memasang dan mengibar Jalur Gemilang, iaitu bendera Malaysia. Keadaan ini menyemarakkan lagi suasana perayaan. Hari Kebangsaan merupakan hari cuti am di Malaysia.
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
0 comments:
Post a Comment