"Ini rekod pelajar. Apa yang awak hendak buat dengan benda ini?" tanya Cikgu Akkil. Dia mencapai sehelai kertas kajang berisi nota tulisan tangan. "Awak menghafal nama murid, ya?"
Cikgu Olan ketawa. "Awak pasti ada dengar apa terjadi pada saya di kelas tadi, bukan? Malam ini saya mahu menghafal semua nama murid saya. Ini sebahagian daripada persediaan serang balas saya. Mereka akan terima pembalasan Cikgu Olan!" seru Cikgu Olan. Dia kemudian ketawa terkekeh-kekeh.
"Serang balas? Ini tentu satu lagi rancangan gila lagi ganas awak. Awak ganas-ganas sangat ini sebenarnya awak hendak jadi apa?" tanya Cikgu Akkil.
"Jadi gurulah," jawab Cikgu Olan selamba.
"Guru apa?" tanya Cikgu Akkil mengalan lagi.
"Guru terhebatlah, apa lagi. Guru Terhebat Olan... GTO," kata Cikgu Olan tersengih-sengih.
Kelas projek pelajarnya bermacam-macam ragam. Penyanyi popular, ketua samseng, si kembar pembuli, si gadis ayu, si pemidato dan ramai lagi. Mereka dibenci oleh hampir seluruh warga kolej yang lain dan digelar 4 Jahanam. Merekalah pelajar paling nakal dan mungkin paling corot. Namun, kedatangan guru baharu dengan nama yang tidak glamor mengubah segala-galanya.
GTO...Guru Terhebat Olan
Ad Mirzai
[ M/F/A ]
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
0 comments:
Post a Comment