January / February Themed Exhibition
Tahun Baru Cina merupakan antara perayaan yang penting bagi orang Cina dan merupakan cuti umum di negara kita.
Walaupun musim negara kita berbeza dengan musim negara China, cara orang Cina di Malaysia menyambut Tahun Baru Cina adalah hampir sama dengan cara orang Cina di negara China menyambut Tahun Baru Cina. Mereka akan menziarahi saudara-mara, membuat kuih perayaan, menghiaskan rumah dengan barang hiasan yang berwarna merah dan membakar mercun semasa Tahun Baru Cina.
Perayaan ini dikatakan berasal daripada Legenda Nian. Pada zaman dahulu, Nian ialah seekor raksasa pemakan manusia dari pergunungan. Orang ramai takut kepada Nian dan mereka mendapati Nian sukar menahan bunyi bising dan warna merah. Oleh itu, mereka mengusirnya dengan letupan, bunga api dan penggunaan warna merah secara meluas. Adat-adat inilah yang membawa kepada perayaan Tahun Baru yang sulung. Guò nián yang bermaksud "menyambut tahun baru", membawa erti harfiah "meredah raksasa Nian"
0 comments:
Post a Comment