Malaysiaku Berdaulat: Tanah Tumpahnya Darahku 馬來西亞我的祖國,我生長的地方
Tema sambutan Hari Kemerdekaan pada tahun ini ialah "Malaysiaku Berdaulat: Tanah Tumpahnya Darahku". Menurut Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia, tema yang lebih bersifat perpaduan dan berorientasikan patriotik dan kesatuan negara bangsa itu dipilih bertujuan mengingatkan rakyat tentang kepentingan bersatu mempertahankan negara di samping mewujudkan kesedaran rasa sayang dan cintakan negara.
Selaras dengan pendekatan tema ini, konsep sambutan pada tahun ini akan lebih menjurus kepada elemen-elemen perpaduan, patriotik, kedaulatan dan keselamatan negara. Insiden pencerobohan Lahad Datu dan Semporna di Sabah menjadi iktibar terbaik dalam memperbaiki teras utama dalam bidang ketenteraan.
Perbarisan dan Perarakan Hari Kemerdekaan Ke-56
Perbarisan dan Perarakan Hari Kemerdekaan Ke-56 telah diadakan di Dataran Merdeka yang melibatkan persembahan pasukan keselamatan negara yang terdiri daripada gabungan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).
Tekan SINI untuk gambar-gambar lain.
Sumber: Sinar Harian, Malaysia Merdeka
Gambar: The Malaysian Insider
0 comments:
Post a Comment