Selamat Menyambut Hari Malaysia Ke-50 同歡共慶馬來西亞日


Hari Malaysia disambut pada 16 September setiap tahun untuk memperingati penubuhan persekutuan Malaysia pada 16 September 1963. Ia menandakan penyertaaan bersama Tanah Melayu, Borneo Utara (Sabah), Sarawak dan Singapura bagi membentuk Malaysia.

Pembentukan persekutuan baru ini dirancang pada 1 Jun 1963 namun kemudiannya ditangguhkan ke 31 Ogos 1963 untuk disambut bersama-sama dengan sambutan hari kemerdekaan ke-6. Beberapa isu berkaitan dengan bantahan Indonesia dan Filipina untuk pembentukan Malaysia memperlambatkan pengisytiharan ke 16 September 1963. Penagguhan itu juga dibuat bagi membolehkan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) memperuntukkan masa membuat pungutan suara di Borneo Utara (Sabah) dan Sarawak.

Hari Malaysia merupakan cuti am di negeri Sabah sempena hari keputeraan Yang Di-Pertua Negeri Sabah tetapi bukan merupakan cuti am di Sarawak dan Semenanjung Malaysia. Mulai tahun 2010, 16 hb September telah diisytiharkan sebagai cuti am di semua negeri di Malaysia.

Sumber: Kementerian Penerangan Malaysia
Gambar: Sara 1Malaysia

Share on Google Plus

0 comments:

Post a Comment