Mengapa Mereka Menjadi Keldai Dadah?


Penahanan beratus-ratus orang rakyat negara ini di penjara luar negara atas dakwaan pengedaran dadah bukan sahaja mencalar imej negara, tetapi juga usaha menyelamatkan dan membantu mereka turut membabitkan perbelanjaan wang rakyat yang bukan sedikit.

Berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh Kementerian Luar Negeri, sehingga 31 Mac 2011, paling banyak rakyat Malaysia ditahan berkaitan dengan kes dadah ialah di China. Selain China, kebanyakan rakyat negara ini masih ditahan dan dipenjarakan di beberapa buah negara seperti di Taiwan, Peru, Brazil, Thailand, Argentina, New Zealand, Australia dan banyak lagi. Lebih 50 peratus mereka yang ditahan di luar negara ini bakal dikenakan hukuman mati.

Difahamkan, kebanyakan mereka terpedaya dengan upah lumayan mencecah RM 10 ribu setiap kali berjaya menyeludup kira-kira satu kilogram heroin. Walaupun rata-rata perjalanan keldai dadah ini berakhir di penjara, semua ini langsung tidak menimbulkan sebarang rasa takut.

Temui artikel yang lengkap di Dewan Masyarakat (Julai 2011)

Dewan Masyarakat (Julai 2011)
Mengapa Mereka Menjadi Keldai Dadah?
Muhamad Irfan
[ MA ]

Sumber: Dewan Masyarakat (Julai 2011)
Share on Google Plus

0 comments:

Post a Comment