Misi Piramid

"Bagaimana sekiranya misi ini tidak berjaya? Bagaimana sekiranya kita kalah? Bagaimana sekiranya teduhan bawah tanah ini pun hancur? Bagaimana sekiranya orang di atas sana dapat ..." "Adin, tiada perkataan 'sekiranya' di sini, hanya ya ataupun tidak saja," tegas Zek yang meyakini sekiranya mereka bukan penyelesaian, mereka adalah masalah.

Zek, tercampak ke dunia asing selepas membaca surat daripada ratu kecil. Dia mengembara mencari kunci sepatah perkataan di setiap empat dunia cabarannya. Sekiranya berjaya, dia adalah wira dan berjaya membebaskan warga dunia itu daripada dibelenggu kekejaman dan kezaliman penjajahan kuasa jahat. Di sana, dia menjadi pencinta erti perjuangan dan hak kemanusiaan hidup di muka sisi itu.

Misi Piramid
Ida Munira Abu Bakar
[ M/F/I ]
Share on Google Plus

0 comments:

Post a Comment